Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Unit Kargo Bahaya Lembaga Pelabuhan Johor

Thursday, 15 March 2012

Taklimat “ International Convention on Liability and Compensation for Damage in Connection with the Carriage of Hazardous and Noxious Substances (HNS) by Sea 1996”

Pada 29 Februari 2012, Jabatan Laut dengan kerjasama Lembaga Pelabuhan Johor telah mengadakan satu taklimat berkenaan  “ International Convention on Liability and Compensation for Damage in Connection with the Carriage of Hazardous and Noxious Substances (HNS) by Sea 1996”. Taklimat ini telah diadakan di Ibu Pejabat Wilayah Selatan, Gelang Patah dan telah dihadir lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri daripada pengendali dan pemilik kargo HNS yang beroperasi di dalam Pelabuhan Johor, Pasir Gudang dan di Pelabuhan Tanjung Pelepas. Di antara tujuan utama konvesyen ini diwujudkan adalah:
               
a)      Memberi kesedaran kepada dunia tentang bahaya yang boleh diwujudkan oleh kapal-kapal yang membawa kargo HNS di laut;
b)      Memastikan individu / syarikat yang mengalami kerosakkan akibat kemalangan yang melibatkan pengangkutan kargo HNS mendapat pampasan yang mencukupi, segera dan efektif;
c)       Untuk menyeragamkan undang-undang dan peraturan antarabangsa untuk mengenalpasti liabiliti atau pampasan yang berkaitan dengan kerosakkan;
d)      Mempertimbangkan akan keperluan perkongsian kos oleh pemilik kargo dan industri perkapalan bagi membiayai kerosakkan akibat kemalangan yang melibatkan pengangkutan kargo HNS di laut.
               
Pihak Jabatan Laut Malaysia sedang merancang untuk perlaksanaan bagi menggunapakai konvesyen ini di Malaysia memandangkan beberapa buah negara telah menggunakannya di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, untuk proses perlaksanaan konvesyen ini, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengenalpasti pemilik sebenar (principle receiver) yang telah menggunkan kapal sebagai mod pengangkutan kargo HNS mereka. Sepertimana keperluan International Maritime Organization (IMO), pihak Jabatan Laut dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelabuhan (Port Authority) perlu mengemukakan jumlah kargo HNS yang dikendalikan oleh principle receiver di seluruh Malaysia kepada IMO. Namun begitu, keperluan konvesyen ini adalah tertakluk kepada semua pengendali kargo HNS di pelabuhan-pelabuhan. Akan tetapi, terdapat pengecualian kepada kargo HNS di dalam package form kerana ianya hanya mengutamakan maklumat pegendalian kargo HNS di dalam bentuk bulk.
                Taklimat ini juga telah diadakan di Wilayah Timur, Labuan dan Sarawak pada penghujung 2011. Seterusnya, taklimat ini akan diadakan di Wilayah Selatan, Wilayah Tengah dan Sabah pada tahun 2012.

No comments:

Post a Comment