Selamat Datang ke Laman Blog Rasmi Unit Kargo Bahaya Lembaga Pelabuhan Johor

Saturday, 16 June 2012

Mesyuarat “5th Regional Progress Review And Planning Meeting” Dan “Port Waste Management Training & Workshop” Di Laem Chabang Port , Thailand.


                Pada 22-24 May 2012, pihak German International Cooperation (GIZ) telah mengadakan “5th Regional Progress Review And Planning Meeting” dan “Port Waste Management Training & Workshop”. Program ini merupakan salah satu usahama pihak kerajaan Jerman melalui GIZ yang merupakan pelaksana dan penggerak projek bagi setiap pelabuhan dengan kerjasama ASEAN Ports Association (APA). Laem Chabang Port, Thailand menjadi tuan rumah bagi program ini di mana ianya diadakan di Cape Racha Hotel, Sriracha, Chonburi, Thailand. Program ini merupakan salah satu projek di bawah “sustainable port development” yang dijalankan oleh pihak GIZ bersama-sama pelabuhan di ASEAN. Di antara pelabuhan-pelabuhan yang mengambil bahagian adalah seperti di bawah:
1.       Malaysia : Johor Port Berhad & Sabah Ports Sdn. Bhd
2.       Cambodia : Sihanoukville Autonomous Port & Phnom Penh Autonomous Port
3.       Indonesia : Port of Tanjung Priok
4.       Philippines : Port of Iioilo & Port of Cagayan de Oro
5.       Thailand : Bangkok Port & Laem Chabang Port
6.       Vietnam : Saigon Port

Pelabuhan Johor telah di wakili oleh En Mohd Zahari Bin Mohd Rusjuna (LPJ) dan En Jamaludin Bin Raja Mohammad (JPB).

                 Tujuan mesyuarat ini adalah untuk melakukan semakan semula dan membincangkan aktiviti-aktiviti dan kemajuan projek serta mengemaskini perancangan bagi setiap pelabuhan yang mengambil bahagian. Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan berkenaan Keselamatan, Kesihatan & Sistem Pengurusan Persekitaran Setiap Pelabuhan (Ports Safety, Health and Environmental Management System) dan kajian-kajian pembangunan latihan untuk projek ini. Manakala bengkel “Port Waste Management” pula adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada para peserta berkenaan keperluan MARPOL untuk Port Reception Facilities, perlaksanaan keperluan MARPOL dalam undang-undang negara dan pelabuhan, dan memberi peluang kerjasama serantau dalam pengurusan sisa (Port Waste Management). Selain itu, para peserta telah di bawa melawat ke Laem Chabang Port bagi melihat pembagunan pelabuhan tersebut.

                Beberapa siri bengkel dan mesyuarat berkenaan projek GIZ ini telah dilaksanakan dari tahun 2009. Penglibatan LPJ dan JPB bermula pada tahun 2011 sehingga kini. Projek di JPB menjurus kepada pengurusan dan latihan di dalam Safety, Health & Environment serta Waste Management. Mesyuarat “ 6th Regional Meeting And Management Training” akan di adakan di Hamburg, Jerman pada 5-16 November 2012.

























No comments:

Post a Comment